Assalamualaikum, apa kabar kepada anda pembaca setia blog AKMOVERS?.
Mesti anda tertanya-tanya tajuk apa pula yang ingin AKMOVERS kongsikan kepada anda semua pada kali ini?
Disebakan sekarang ini musim cuti sekolah, AKMOVERS ingin berkongsikan dengan anda mengenai aktiviti sempena cuti sekolah.
Cuti sekolah sememangnya hari yang dinantikan oleh setiap murid di Malaysia. Mana tidaknya, inilah masa yang sesuai untuk berehat selama sebulan setelah penat berhempas pulas belajar. AKMOVERS yakin ibu bapa serta anda diluar sana pasti sudah mempunyai perancangan untuk anak-anak anda sempena cuti sekolah ini. Bukan sahaja ibu bapa, malah kebanyakkan ngo juga turut mempunyai perancangan ia tersendiri, dimana dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang bermanfaat untuk kanak-kanak atau remaja.
Bagi anda yang mungkin belum mempunyai perancangan untuk anak-anak anda sempena musim cuti sekolah ini, tidak perlu pening kepala. Biar AKMOVERS kongsikan dengan anda semua aktiviti “wow” yang boleh dilakukan oleh anak anda.
AKMOVERS yakin aktiviti ini pastikan akan membuatkan anda dan anak-anak anda seronok dan pastinya jadual anak-anak anda diisi dengan aktiviti yang bermanfaat.
Antara aktiviti yang ingin AKMOVERS cadangkan ialah:

1. MENYERTAI KEM IBADAH/KEM MOTIVASI
Aktiviti yang pertama ini, AKMOVERS banyak NGO serta syarikat swasta sedang hangat mengadakan kem-kem motivasi. Kem sebegini mendapat sambutan yang cukup hangat dalam kalangan ibu bapa di negara kita. Selain dari mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah, kem sebegini turut mengajar anak-anak kita mengenai hidup berdikari dan dapat mengelakkan anak-anak kita dari melibatkan aktiviti yang tidak bermoral. Selain itu, kem sebegini juga dapat meningkatkan motivasi pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan penting seperti SPM. Saranan AKMOVERS ia amat bagus buat anak anda kerana ia selain dari meningkatkan motivasi anak anda, ia juga dapat memberikan peluang buat anak anda untuk belajar ilmu agama. Ini kerana selain dari NGO dan syarikat swasta, kebanyakkan madrasah serta pusat tahfiz juga turut tidak ketinggalan dengan mengadakan kemah ibadat. Selain dapat mengelakkan anak anda terlibat dengan masalah sosial yang semakin parah sekarang ini, ia juga turut memberi peluang untuk anak-anak anda mengisi masa cuti sekolahnya dengan aktiviti yang bersifat keagamaan. Malah AKMOVERS yakin dengan adanya aktiviti sebegini, dapat melahirkan hafiz dan juga hafizah di masa akan datang. Bukan itu sahaja, AKMOVERS juga yakin, pasti ibu bapa diluar sana gembira kerana masa cuti persekolahan anak mereka diisi dengan aktiviti yang bermanfaat seperti ini. AKMOVERS juga yakin pasti anda juga memikirkan perkara yang sama.

2. MENYERTAI SEBARANG PERTANDINGAN YANG DIANJURKAN
Selain dari kem motivasi aktiviti yang ingin AKMOVERS cadangkan ialah dengan menghantar anak-anak anda menyertai pertandingan. AKMOVERS yakin anak-anak anda pasti mempunyai minat mereka sendiri. Ada antara mereka yang meminati sukan,seni dan bermacam lagi. Jadi AKMOVERS sarankan sempena cuti sekolah ini apa kata jika anda mengambil peluang untuk menghantar anak-anda menyertai pertandingan berdasarkan minat mereka. Mungkin anda tertanya-tanya ada ke syarikat swasta menganjurkan pertandingan?
Buat anda yang belum mengetahui, sebenarnya banyak syarikat swasta yang menganjurkan apa jua pertandingan pada musim cuti sekolah sebegini. Antara pertandingan yang mendapat sambutan hangat ialah pertandingan sukan.
Kenapa mereka memilih untuk mengadakan pertandingan sebegini pada musim cuti sekolah adalah, adalah kerana pada waktu sebegini ramai kanak-kanak dan remaja akan mengambil bahagian. Tujuan utama pertandingan sebegini diadakan adalah untuk mengcungkil bakat kanak-kanak atau remaja dalam sesuatu bidang.
Justeru itu, tidak hairanlah jika banyak pertandingan diadakan sempena cuti sekolah. Waktu inilah, waktu yang paling sesuai untuk mencari bakat baharu dalam sesuatu bidang. Jadi AKMOVERS cadangkan supaya anda mengambil peluang ini dengan menghantar anak anda ke pertandingan yang mereka minat. Mana tahu dari pertandingan sebegini anak-anak anda akan berjaya dalam bidang yang mereka gemari pada masa akan datang. Bak kata perpatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

3. BALIK KAMPUNG
Aktiviti yang seterusnya ini, AKMOVERS yakin pasti anak-anak anda suka. Mana tidaknya bila sebut sahaja pasal balik kampung mereka sudah melonjak riang. Pulang ke kampung sangat digemari oleh kanak-kanak. Selain dari perayaan hari raya, cuti sekolah merupakan waktu antara yang amat sesuai untuk kita pulang ke kampung. Inilah masanya untuk kita menziarah kedua ibu bapa kita sambal membawa anak-anak kita menghirup udara yang segar. AKMOVERS percaya pasti anda mempunyai kenangan yang menarik pada waktu kecil dahulu, jadi inilah peluang untuk anda menceritakan pengalaman sewaktu anda tinggal di kampung sewaktu anda kecil dahulu. Bagi yang mempunyai keluarga yang besar, AKMOVERS ingin mencadangkan apa kata jika anda berkumpul bersama keluarga besar anda dan mengadakan aktiviti yang sering anda lakukan pada kecil-kecil dahulu. Ia dapat mengimbau kembali kenangan anda sewaktu kecil-kecil dahulu dan dapat merasai aktiviti yang pernah anda lakukan waktu anda kecil dahulu.
AKMOVERS yakin pasti pada waktu kecil dahulu pasti anda pernah mandi di sungai atau parit sekitar kamung anda. Bohonglah jika anda kata anda tidak pernah lakukannya. Semua orang pasti pernah merasai momen indah zaman kanak-kanak.
Kenangan yang paling anda ingati sudah pastinya anda dikenakan hukuman setelah pulang dari mandi sungai atau parit. Jadi dengan anda membawa anak-anak anda pulang ke kampung ia dapat mengenang kembali kenangan indah anda itu. Bukan itu sahaja, ia dapat mengisi masa cuti sekolah anak anda dengan aktiviti yang berfaedah selain dari hanya bermain permainan video yang nyata banyak keburukkannya.

4. PERGI MELANCONG
Pergi melancong sememangnya aktiviti yang digemari oleh seluruh keluarga. Jangan kata anak-anak tetapi juga ibu bapa juga turut suka pergi melancong. Bagi yang mempunyai bajet yang lebih, destinasi yang menjadi pilihan untuk melancong sudah semestinya luar negara. Umum mengetahui, kebanyakkan destinasi luar negara mempunyai pemandangan yang cukup cantic dan menarik. Tetapi bagi mereka yang kurang bajet AKMOVERS sarankan supaya anda memilih destinasi di dalam negara. Bagi yang belum mengetahui kebanyakkan destinasi pelancongan kita pemandangan ia persis seperti diluar negara. Nak tahu destinasi mana yang cantik klik je link ini:
https://www.jomjalan.com.my/tempat-menarik-malaysia-macam-overseas/.
Bagi AKMOVERS ini adalah masa yang amat sesuai untuk kita meluangkan masa bersama keluarga. Bukan destinasi pelancongan yang menjadi ukuran, tetapi masa berkualiti bersama keluarga itu adalah sesuatu yang lebih mahal. Selain melancong, antara aktiviti yang ingin AKMOVERS cadangkan ialah berkelah. Jika anda mungkin tidak mempunyai masa untuk membawa keluarga dan anak-anak, ada juga boleh membawa mereka berkelah di tepi pantai atau di tasik-tasik. Jadi masa anak-anak anda tidaklah terbuang begitu sahaja.
Perkara terakhir adalah aktiviti yang anda tidak pernah terfikir. Aktiviti yang AKMOVERS maksudkan ialah:
