“Pemborong boleh jadi kaya”

Assalamualaikum, apa kabar anda diluar sana?. Diharapkan anda sihat selalu. Mesti ramai tertanya-tanya, perkongsian apa yang ingin AKMOVERS ceritakan pada kali ini?

Kali ini AKMOVERS mahu berkongsi dengan anda mengenai sebuah tajuk yang menarik iaitu “Pemborong boleh jadi kaya”.

Bila sebut sahaja pasal berniaga AKMOVERS yakin ramai anda diluar sana pasti memasang angan-angan ingin mempunyai perniagaan sendiri. Siapa yang tidak mahu mempunyai perniagaan sendiri. Lagi-lagi jika kita lihat ada mereka diluar sana sudah berjaya dalam bidang perniagaan malah ada yang sudah jadi jutawan.

Justeru itu, tidak hairanlah jika AKMOVERS mengatakan yang menjadi seorang pemborong juga boleh menjadi kaya. Pemborong ialah orang yang mendapatkan stok dalam kuantiti yang banyak dan jual pada pembeli dengan harga yang murah.

Selain itu ada lagi beberapa ciri lain mengenai pemborong ini antaranya ialah:

1. MEMBELI STOK SECARA PUKAL DAN MEMECAH PUKAL

Salah satu ciri pemborong yang ingin AKMOVERS senaraikan adalah, pemborong mengamalkan sistem pukal. Pemborong akan membeli stok secara banyak melalui kilang dan mereka akan membungkus stok tersebut kepada kuantiti yang lebih kecil untuk diedarkan kepada penjual. Dengan adanya sisitem memecah pukal ia dapat memberi penjimatan buat peniaga kecil, dimana segala kos pembungkusan dan upah pekerja akan ditanggung oleh pemborong. Ia sekali gus membantu peniaga kecil untuk mendapat keuntungan yang lebih. Bukan itu sahaja, ia membolehkan pengeluar melakukan pengeluaran secaran besar-besaran dan mendapat modal pusingan dengan cepat.

2. MENGURANGKAN KOS PERGUDANGAN

Selain itu, satu lagi kelebihan pemborong yang ingin AKMOVERS nyatakan, dengan adanya pemborong peniaga juga dapat meminimumkan perbelanjaan mereka. Hal ini kerana, pemborong menyediakan sistem pergudangan untuk menyimpan barang. Jadi perniaga kecil tidak akan berasa risau jika stok mereka tidak habis terjual kerana mereka boleh membeli stok dalam skala yang kecil kepada pemborong. Dengan adanya gudang para peruncit tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan tempat penyimpanan stok mereka. Jadi kos tersebut dapat digunakan untuk perbelanjaan lain atau boleh disimpan untuk digunakan sebagai modal pusingan jika berlaku sesuatu pada perniagaan mereka.

3. MENGURANGKAN KOS PENGANGKUTAN

AKMOVERS yakin, salah satu perkara yang merisaukan ialah pengangkutan untuk mengambil stok barang mereka. Mana tidaknya kos pengangkutan pula bukannya murah, malah semakin hari kosnya semakin mahal. Ia pastinya akan memberikan beban kepada perniaga kecil diluar sana. Mana tidaknya, jika kos pengankutan mahal ia akan memberi kesan kepada harga barang, dimana mereka terpaksa menaikkan harga barang mereka. Ia sudah semestinya akan menyebabkan pelanggan memilih untuk tidak datang ke kedai mereka dan mereka akan memilih kedai yang menjual harga barang yang lebih murah. Disebabkan itu, perniagaan borong amat penting buat perniaga kecil. Dengan wujudnya pemborong, perniaga dapat mengurangkan kos pengngangkutan sekali gus perniaga dapat menjual barang mereka pada harga yang lebih murah. Justeru itu, tidak hairanlah jika AKMOVERS mengatakan yang pemborong amat penting dalam urusan perniagaan. Tidk hairanlah jika AKMOVERS mengatakan yang perniagaan borong adalah satu perniagaan yang amat menguntungkan kerana khidmat pemborong amat diperlukan oleh perniaga kecil untuk mengurangkan kos pengangkutan.

4. MEMBANTU MELUASKAN PASARAN

Untuk pengetahuan anda, salah satu sebab kenapa AKMOVERS mengatakan pemborong boleh jadi kaya adalah kerana mereka dapat memperluaskan pasaran produk mereka. Seperti yang AKMOVERS katakan tadi, pemborong sangat diperlukan oleh perniaga kecil. Tidak hairanlah, jika kita lihat saban hari “ibarat cendawan tumbuh lepas hujan” Jadi ia memberi peluang untuk pemborong memperluaskan produk mereka dengan mudah. Bukan itu sahaja, mereka juga dapat menambahkan lagi rangkaian peruncit, supaya mudah untuk mereka memasarkan produk mereka.

5. MENYEDIAKAN BEKALAN BARANG SECARA BERTERUSAN

AKMOVERS yakin seperti perniagaan lain juga, pelanggan sememangnya amat penting untuk kita menjual produk kita. Bagitu juga dengan peruncit. Mereka amat penting buat pemborong. Justeru itu, pemborong akan memastikan stok yang mereka ambil dari pengeluar sentiasa mencukupi. Dengan stok yang mencukupi peruncit dapat mendapatkan stok secara berterusan dan ini dapat mengekalkan pelanggan peuncit tersebut. Bayangkan jika pemborong tidak dapat menyediakan stok yang mencukupi, bagaimana peruncit hendak mendapat bekalan stok barang. Pasti menyusahkan mereka dan mereka terpaksa mencari daripada pengeluar dan pelbagai tempat. Sudah semestinya peruncit terpaksa menaikkan harga barang mereka. Disebabkan itu, peruncit akan membuat pilihan untuk memilih pemborong lain yang mampu menyediakan mereka stok yang berterusan. Ia sememangnya sesuatu yang amat merugikan. Bukan itu sahaja, dengan stok yang berterusan ia dapat menstabilkan harga barang di pasaran jika berlaku permintaan yang tinggi terutama di musim perayaan.

6. MEMBEKAL BERANEKA JENIS BARANG

Pengguna mempunyai citarasa yang berbeza. Disebabkan itu, para peruncit akan sentiasa berusaha mempelbagaikan barang mereka. Justeru itu, tidak hairanlah jika AKMOVERS mengatakan para pemborong juga akan sentiasa membekal pelabagai jenis barangan kepada peruncit terutama barang yang permintaan tinggi tetapi stok terhad. Itu menjadikan para pemborong bersaing secara sihat dengan sentiasa berlumba-lumba membekalkan barangan mereka. Selain itu, pemborong juga perlu sentiasa peka dengan citarasa pengguna diluar sana. Jika barang yang dipasarkan tidak menepati citarasa pengguna ia sudah merugikan peruncit. Jika hal ini berlaku, maka peruncit juga akan mengambil keputusan untuk mencari pemborong yang boleh memasarkan barangan mengikut citarasa pengguna.

7. MEMBERI KEMUDAHAN KREDIT

Peruncit bukanlah seperti perniaga yang menjalankan perniagaan berskala besar. Peruncit terpaksa menanggung pelbagai kos seperti sewa kedai dan upah pekerja. Lumrah dalam perniagaan, adakala akan mendapat untung adakalanya rugi. Tidak terkecuali juga pada para peruncit. Mereka sebolehnya akan cuba meminimumkan kos mereka terutama di waktu perniagaan mereka sedang mengalami kemerosotan. Justeru itu, mereka akan mencari pemborong yang boleh memberi kemudahan kredit kepada mereka. Dengan adanya kemudahan kredit yang disediakan oleh pemborong, peniaga dapat menangguhkan dahulu bayaran atau hutang mereka sehingga mereka berjaya menjual kesemua stok mereka kepada pelanggan. Ini memberi peluang buat peruncit merancang modal pusingan dengan sempurna supaya mereka dapat menstabilkan semula perniagaan mereka. Justeru itu, ia kelebihan buat pemborong yang menawarkan perkhidmatan sebergini. Ini kerana, pemborong yang menawarkan perkhidmatan kredit sememangnya dicari oleh para peruncit. Dengan itu mudahlah pemborong nak pasarkan produk mereka dan mudahlah mereka untuk kembangkan lagi perniagaan mereka. Jika perniagaan mereka semakin berkembang maka maka banyaklah keuntungan yang akan pemborong perolehi.

Sememangnya pemborong amat diperlukan oleh para peruncit pada masa kini. Tidak hairanlah, jika AKMOVERS mengatakan perniagaan borong saban hari semakin berkembang di negara kita. Pemborong merupakan tulang belakang buat para peruncit diluar sana. Jika tiada pemborong maka tiadalah tempat buat para peruncit untuk mendapatkan bekalan. Jadi tidak hairanlah jika AKMOVERS mengatakan, pemborong juga boleh jadi kaya. Jadi sesiapa yang memasang angan-angan tu bolehlah belajar cara untuk bagaimana menjadi pemborong dan apa yang anda perlu lakukan sebagai seorang pemborong.

Sebelum AKMOVERS mengakhiri perkongsian pada kali ini. AKMOVERS ingin memberitahu kepada pemborong yang tiada tempat penyimpanan barang untuk menyeimpan stok, AKMOVERS ada juga buat tempat simpan barang khusus untuk para pemborong.

 

Sampai di sini sahaja perkongsian kita pada kali ini. Diharapkan dengan perkongsian kali ini dapat dijadikan inspirasi buat mereka diluar sana yang ingin menjadi pemborong tetapi tak tahu kelebihannya. Jika dipanjangkan umur, semoga kita dapat berjumpa lagi pada perkongsian yang akan datang. Nak tahu apa pula yang akan AKMOVERS kongsikan pada perkongsian akan datang?

Yang tu anda kena tunggu sehingga perkongsian akan datang.

Tetapi sebelum itu kepada yang masih pening nak cari syarikat movers yang mahir dan professional, buat apa nak pening kepala lagi AKMOVERS kan ada. AKMOVERS merupakan 100% milik Bumiputera dan AKMOVERS merupakan syarikat movers yang amat professional dan mempunyai pekerja yang berkemahiran dalam proses pindahan barang. AKMOVERS sudah banyak mempunyai pengalaman pindah barang untuk pejabat dan perumahan dan menyediakan pakej-pakej yang menarik.

Bagi anda nak mengetahui pakej atau servis yang ditawarkan oleh AKMOVERS anda boleh hubungi AKMOVERS seperti di bawah:

Whatsapp | Call – 013 -3336960

Facebook – Akmovers

Instagram – Akmovers

Twitter – Akmovers

Youtube Channel – Akmovers

“AKMOVERS-SOLUSI PEMINDAHAN ANDA”

Leave a Comment

Scroll to Top