PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA.

11 PANTANG LARANG MEMBERI HADIAH SEMPENA TAHUN BARU CINA.

Seperti yang kita ketahui masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai perayaan yang menyeronokkan untuk disambut bersama.

2021 telah pun tiba seperti yang disebutkan dalam entry blog sebelum ini perayaan Thaipusam telah disambut sementara menunggu Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi. Sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama dan mempunyai pelbagai jenis kepercayaan yang datang daripada tinggalan nenek moyang dan ajaran agama.

Salah satu kaum di Malaysia yang mempunyai banyak pantang larang yang diamalkan, dalam menjamin kehidupan sejahtera adalah masyarakat Cina.

Sebagai rakyat Malaysia pasti ramai yang pernah mendengar beberapa kepercayaan yang mereka amalkan sewaktu perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba. Di dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia, masyarakat Cina terkenal dengan pantang larang yang ketat sehingga generasi terkini pun masih terikut dengan pantang larang tersebut. Besar kemungkinan ada banyak lagi yang belum pernah anda ketahui. Kita mungkin tertanya-tanya tentang pantang larang yang tidak diketahui secara lebih meluas.

1. JANGAN MEMBERI APA JENIS BARANG BERWARNA PUTIH ATAU HITAM.

Jika ingin memberi hadiah seeloknya bungkusan hendaklah berwarna merah ataupun emas sesuai dengan tema seperti angpau yang biasanya berwarna. Oleh kerana putih dan hitam digunakan untuk pengebumian, hadiah pembungkusan kertas hitam dan putih harus dicegah. Jika ingin memberi hadiah berupa wang sebolehnya diberikan dalam gandaan puluh, ratus, lapan atau enam. Wang yang diberikan mestilah tidak renyuk dan koyak seperti wang tunai lama tidak digalakkan kerana bagi mereka tahun baru mestilah dimulakan dengan wang baru.

2. DILARANG MEMILIH PELBAGAI JENIS JAM

Jam dari sebarang jenis harus dielakkan kerana ia terdengar seperti sòng zhōng dalam Bahasa cina merupakan upacara pengebumian. Menurut kepercayaan masyarakat cina jam juga merupakan kebenaran bahawa masa hampir habis. Oleh itu, memberi jam adalah peringatan yang halus bahawa hubungan dan kehidupan mempunyai akhir.

3. DILARANG MEMILIH PELBAGAI JENIS RANTAI

Jangan menawarkan kalung sebagai hadiah kepada rakan anda. Masyarakat cina berpendapat perkaran sepeerti tali leher, rantai, dan tali pinggang berkaitan dengan hubungan teman lelaki atau teman wanita yang biasanya memberikan barang-barang ini.

4. DILARANG MEMBERI HADIAH TOPI BERWARNA HIJAU

Menurut masyarat cina apabila seseorang memakai topi berwarna hijau menandakan pasangan tidak setia. Oleh itu, pemberian topi harus dicegah. Topi hijau yang disebut dalam kiasan bahasa cina ialah dài lǜ mào, yang membawa maksud bahawa isteri kepada suami yang tidak setia. Kenapa hijau yang disebut, ia merupakan perumpamaan seperti seekor kura-kura berwarna hijau yang menyembunyikan kepalanya di dalam cengkerannya. Jadi jika anda memanggil seseorang kura-kura ia akan membuat anda menghadapi masalah kerana seperti memanggil orang itu pengecut.

5. DILARANG MEMBERI HADIAH SAPU TANGAN

Jika memberi hadiah kepada seseorang elakkan memberi hadiah berupa sapu tangan kerana ia terdengar seperti ucapan perpisahan. Menurut perkataan yang di sebut dalam bahasa cina seperti sòng jīn terdengar seperti duàngēn yang merupakan perpisahan. Hadiah ini sangat tidak sesuai diberikan kepada teman wanita atau teman lelaki kecuali jika anda ingin berpisah.

6. DILARANG MEMBERI HADIAH PAYUNG

Menawarkan payung kepada rakan anda mungkin kelihatan tidak bersalah, namun ia membawa maksud yang halus bahawa anda ingin mengakhiri persahabat dengan dia. Ia juga membawa maksud seperti hujan yang secara tiba-tiba dan anda bimbang dia akan basah, jadi lebih baik anda berdua meringkuk di bawah payung anda sehingga anda sampai ke tempat tujuan rakan anda. Setelah itu, anda akan membawa payung pulang bersama anda.

7. DILARANG MEMBELI HADIAH DALAM SET EMPAT

Menurut kepercayaan masyarakat cina hadiah dalam kumpulan empat tidak bagus kerana dalam bahasa cina di sebut sebagai ‘sì , empat’ yang merupakan seperti ‘sì ,  kematian’. Oleh itu, sebarang bentuk hadiah yang terdiri dari empat perlu dielakkan.

8. DILARANG MEMBERI HADIAH KASUT, TERUTAMANYA SANDAL JERAMI

Kasut merupakan sesuatu keperluan yang penting ketika ingin berjalan kerana ia merupakan sesuatu yang dapat menghalang kaki dari terkena sebarang jangkitan kuman, kotor dan luka. Tetapi berbeza pula dengan masyarakat cina, kerana mereka menganggap memberi kasut seperti menyerupai perkataan untuk putus. Dalam bahasa cina ia disebut sebagai “sòng xiézi , beri kasut”. Memberi sepasang kasut kepada rakan anda juga membawa makna bahawa anda mahu orang itu pergi dengan cara cepat dan terpisah. Dengan itu, ia akan menamatkan persahabatan anda.

9. DILARANG MEMBERI HADIAH KAIN TUALA

Masyarakat cina biasanya akan membawa tuala jika terdapat aktiviti pengebumian atau perpisahan. Kain tuala biasanya akan diberikan hadiah pada waktu pengebumian, jadi elakkan memberi hadiah seperti kain tuala dalam menyambut perayaan.

10. DILARANG MEMBERI BARANG SEPERTI OBJEK TAJAM

Seperti yang kita ketahui objek yang tajam sangat menakutkan. Masyarakat cina menganggap pemberian yang tajam seperti pisau, jarum dan gunting biasanya digunakan untuk memotong sesuatu. Oleh itu pemberian hadiah yang tajam perlu dielakkan kerana ia seperti ingin memutuskan persahabatan atau hubungan yang ada.

11. DILARANG MEMBERI SEPOTONG BUNGA KRISAN KUNING ATAU BUNGA PUTIH

Melihat pelbagai jenis bunga memberi erti jiwa yang harmoni dan melambangkan cinta ia juga melambangkan keghairahan. Setiap jenis bunga terdapat maksudnya yang tersembunyi. Tahukah anda masyarakat cina menganggap pemberian bunga sepotong seperti krisan kuning dan putih dalam bentuk apa pun digunakan untuk pengebumian. Jadi pemberian bunga putih adalah sinonim dengan kematian.

Menceritakan tentang pantang larang memberi hadiah pada tahun baru cina terdapat juga kepercayaan pantang larang yang lain yang perlu diamalkan bagi kaum cina antaranya ialah masyarakat cina akan membersihkan rumah sebelum perayaan disambut. Hal ini kerana mereka dilarang menyapu rumah pada Tahun Baru Cina kerana ia dipercayai akan menghalau tuah

Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina. Ada juga sebahagian yang sibuk menghiasi rumah dengan pelbagai perabot untuk keselesaan semasa menyambut hari kegemilangan perayaan yang ditunggu.

Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah makan besar. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Selepas malam pertama Tahun Baru Cina akan disambut dengan pelbagai aktiviti selama lima belas hari yang merupakan setiap hari yang terdapat makna yang tersirat bagi menyambut perayaan Tahun Baru Cina menurut kepercayaan kaum Cina.

Akmovers faham pasti akan ada kesulitan yang berlaku setiap kali menyambut perayaan. Bagi mereka yang tidak dapat menyambut perayaan bersama keluarga kerana kesibukan bekerja atau kerana kesibukan bekerja juga anda tidak ada masa untuk menghadapi persediaan dalam mencantikkan rumah anda? erti kata anda tiada masa kerana terdapat pelbagai perabot yang tergendala di luar kerana “tiada masa”. Untuk menyelesaikannya kami Akmovers sedia membantu anda dan mendengar masalah anda yang berkaitan dengan kami servis di Akmovers. Akmovers di sini memahami kerana lumrah kehidupan yang normal kerana sebagai insan biasa yang tidak pernah lari dalam pelbagai masalah yang berlaku dalam kehidupan kita. Setiap kaum di Malaysia tidak terlepas dari kepercayaan serta adat resam setiap kaum yang ada. Oleh itu, menurut kepercayaan kaum Cina, anda mesti ingin mengamalkannya dalam kepercayaan masyarakat cina dan ingin mendapat lebih tuah dan kemakmuran untuk Tahun Baru Cina yang bakal tiba tidak lama lagi bukan…?

 Di sini kami Akmovers ada menawarkan pelbagai kemudahan servis yang ada di Akmovers dengan pelbagai pakej antaranya Full Movers and Packers antara pakej yang sesuai jika ingin memudahkan sebelum perayaan anda disambut dengan baik. Kami menggalakkan pemilihan ini kerana ia melibatkan pengemasan barang-barang yang longgar pakej ini boleh dilakukan dalam satu hari iaitu selama 12 jam.

Dalam pemilihan pakej di Akmovers iaitu Full Movers and Packers anda dapat menyelesaikan masalah barang-barang yang bersepah dan tidak digunakan lagi. Akmovers dapat membungkus barangan kedalam kotak dan Akmovers dapat memudahkan anda dengan melabelkan kesemuanya berpandukan warna. Hal ini dikenali sebagai pakej mengemas barang yang longgar dan membungkus bahan.

Kedua ialah pakej memuat dan memunggah barangan. Pakej ini  disertakan sekali dalam pemilihan (Full Movers and Packers). Jadi kerja anda yang sukar akan dimudahkan bersama Akmovers.

Jika anda tiada masa atau tidak mencukupi masa bagi mengemas atau menyelesaikan masalah perabot yang anda beli, ia sudah tentu menyukarkan kehidupan seharian anda. Jangan risau Akmovers mempunyai sekali pakej sebagai susun semula perabot di rumah baru. Hal ini sudah tentu dapat mencantikkan rumah anda serta merta kerana Akmovers dapat melakukan dengan mudah, cepat dan efisien. Perabot yang dahulunya tergendala di luar kini sudah dialihkan ke tempat yang anda mahu. Membungkus dan membuka bungkusan perabot juga kami lakukan, anda tidak perlu risau memikirkannya lagi. Jadi berbaloikah pakej Akmovers yang ditawarkan ini? Semestinya, kerana pelbagai kepentingan yang ada dalam satu pemilihan sahaja. Jadi anda tidak perlu risau. Masalah anda kami Akmovers dapat selesaikannya dengan pelbagai pakej yang anda dapat.

Kami tahu perabot yang telah anda miliki mungkin hanya tersadai di luar atau tidak dapat disempurnakan dengan baik mengikut citarasa anda. Ada sesetengah yang memilih perabot pasang sendiri tetapi anda tidak mempunyai masa untuk melakukannya sendiri. Pakej Akmovers di sini sangat menarik yang jarang anda temui kerana kami mempunyai pakej yang menarik dan prihatin yang dapat membantu anda untuk membuka dan memasang perabot anda dengan lengkap. Anda tidak perlu risau dan pening kepala bagaimana mahu menyelesaikannya. Kini anda dapat menjimatkan masa anda hanya duduk dan tunggu segalanya berjalan dengan lancar.

Kesibukan bekerja memang tidak dapat lari dalam kehidupan manusia malah ada sesetengah yang terpaksa berjaga berjam-jam di pejabat kerana bekerja lebih masa atau anda sering bekerja giliran malam. Selain disebabkan oleh bekerja lebih masa ada sesetengah pekerjaan yang terpaksa melakukan kerja siang dan malam kerana terpaksa ke udara untuk mencari sesuap nasi. Kami Akmovers sangat kagum dan bangga dengan kesungguhan dan semangat tanggungjawab anda bekerja. Namun, disebabkan faktor pekerjaan anda yang tidak dapat lari dari perspeksi bidang kerja anda sendiri. Kami Akmovers di sini dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi anda dengan cepat. Anda tidak perlu risau segalanya kami Akmovers dapat lakukan. Kami Akmovers di sini memahami makna “tiada masa” anda dalam menyambut perayaan. Bagi yang tidak dapat menyambut perayaan bersama insan tersayang kerana kesibukan bekerja atau kerana penularan kes wabak covid yang melanda dunia kita pada hari ini jangan bersedih anda bersama kami Akmovers dan kami Akmovers ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru cina bagi semua masyarakat Cina. Sambutlah perayaan dengan sempurna bersama kami Akmovers. Akmovers sedia mendengar masalah anda dan segalanya mudah jika berkongsi masalah bersama kami Akmovers. Sekian terima kasih.

Leave a Comment

Scroll to Top