Assalamualaikum, apa kabar anda diluar sana?. Diharapkan anda sihat selalu. Mesti ramai tertanya-tanya, perkongsian apa yang ingin AKMOVERS ceritakan pada kali ini?
Kali ini AKMOVERS mahu berkongsi dengan anda mengenai sebuah tajuk yang menarik iaitu “kurangkan manis dalam minuman lebihkan manis dalam iman”.
AKMOVERS yakin anda diluar sana pasti menyukai makanan atau minuman yang manis. Apa kata kali ini anda kurangkan manis dalam minuman tetapi anda lebihkan manis tersebut dalam iman.
Tapi sebelum AKMOVERS teruskan, izinkan AKMOVERS terangkan kepada anda apa yang dimaksudkan dengan kemanisan iman. Maksud kemanisan iman ialah berasa gembira dalam melakukan ibadat kepada Allah dan sanggup menanggung kepayahan demi mendapatkan keredhaan Allah. Sebenarnya banyak amalan yang boleh kita lakukan untuk menambah keimanan kita. Antaranya ialah:

Banyak mengerjakan ibadat-ibadat sunat.
Antara perkara yang ingin AKMOVERS kongsikan ialah dengan memperbanyakkan melakukan amalan sunat. Amalan sunat seperti berpuasa sunat dan solat sunat adalah salah satu daripada cara untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat maka mudahlah kita merasai kemanisan iman. AKMOVERS yakin pasti mengetahui, selain dari amalan wajib kita juga amat digalakkan untuk melakukan amalan-amalan sunat tanpa mengira masa. Dengan melakukan amalan sunat, ia dapat menguatkan lagi keimanan kita terhadap Allah dan rasul. Serta dapat menguatkan lagi rasa cinta kita terhadap Allah dan rasul. Selain itu, kita juga perlulah sentiasa berzikir kepada Allah. Dengan berzikir kepada Allah, kita juga dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan dapat muhasabah diri kita.

Memperbanyakkan Solat Sunat.
Amalan kedua yang AKMOVERS sarankan ialah dengan memperbanyakkan solat sunat. Kalau bulan puasa kita sanggup bangun pada lewat malam demi samata-mata untuk melakukan solat sunat dan juga qiamullail. Kenapa tidak jika kita teruskan solat sunat seperti ini pada bulan-bulan biasa. Umum mengetahui bahawa salah satu waktu mustajab untuk berdoa adalah pada 2/3 malam. Juateru itu, tidak hairanlah jika kita lihat ada di antara mereka diluar sana sanggup bangun malam dan melakukan solat sunat. Pada waktu sebeginilah kita boleh mengabdikan diri kita kepada Allah. Pada waktu sebeginilah kita dapat mendekatan diri kita kepada Allah dan sekaligus dapat menambahkan lagi keimanan dan rasa cinta kepada Allah SWT. Justeru itu, inilah peluang untuk anda mendekatkan diri serta berdoa kepada Allah supaya keimanan anda bertambah kuat dan tidak tergugat dengan sebarang anasir yang cubat untuk melemahkan keimanan anda.
AKMOVERS menyarankan supaya anda merebut peluang yang ada ini, untuk menambah keimanan anda kepada Allah. AKMOVERS juga ingin menyarankan kepada anda diluar sana untuk berlumba-lumba melakukan ibadat tidak kiralah ibadat sunat atau wajib. Daripada berlumba haram lebih baik anda berlumba memperbanyakkan melakukan ibadat sunat seperti qiamullail. Sudah tentu pahala dapat dan keimanan anda kepada Allah juga semakin bertambah. Dengan memperbanyakkan amalan ibadat barulah anda dapat merasai kemanisan iman.

Menambahkan Ilmu Pengetahuan
Amalan seterusnya yang AKMOVERS hendak kongsikan, ialah dengan menambahkan ilmu pengetahuan. AKMOVERS yakin pasti anda diluar sana pasti tahu dalam islam mewajibkan kita untuk menuntut ilmu. Selain itu, kita juga perlu sentiasa berusaha untuk menambahkan ilmu, terutama ilmu yang berkaitan Allah dan rasul. Dengan cara sebegini kita akan Mempunyai ilmu pengetahuan tentang Allah s.w.t dan rasul. AKMOVERS yakin jika kita mempunyai ilmu pengetahuan mengenai Allah dan rasul akan menyebabkan kita meninggalkan perkara kekufuran dan akan menimbulkan rasa cinta terhadap Allah dan nabi melebihi dari segalanya. Ini bertepatan dengan sabda nabi:
Nabi SAW bersabda bermaksud: “Tiga perkara yang akan membuatkan seseorang itu merasai kemanisan iman iaitu Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada selain kedua-duanya, mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan dia benci kembali kepada kekufuran sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam api neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat masjid serta surau seringkali menganjurkan kelas agama untuk memberi peluang kepada mereka diluar sana menambahkan ilmu pengetahuan tentang agama. Bagi AKMOVERS inisiatif sebegini adalah amat bagus kerana ia dapat menambahkan keimanan sesorang itu dan sekali gus dapat merasai kemanisan iman yang sebenar. AKMOVERS menyarankan kepada anda diluar sana untuk mengambil peluang yang ada dengan menambahkan ilmu agama anda sebanyaknya. Teatapi dalam masa yang sama, AKMOVERS juga ingin mengingatkan kepada anda, supaya berhati-hati menuntut ilmu agama dan menuntutlah dari mereka yang bertauliah. Ini kerana jika kita menuntut ilmu daripada orang yang salah ia akan menyebabkan akidah kita terpesong. Jadi, dalam menuntut ilmu agama AKMOVERS cadangkan supaya anda menyertai kelas-kelas agama yang di anjurkan di masjid atau kelas agama yang di anjurkan oleh jabatan agama islam.
