Assalamualaikum, apa khabar anda diluar sana?. Diharapkan anda sihat selalu. Mesti ramai tertanya-tanya, perkongsian apa yang ingin AKMOVERS ceritakan pada kali ini?
Bila sebut sahaja pasal AKMOVERS pasti anda tertanya-tanya, siapa AKMOVERS ini?. Perkhidmatan apa yang ditawarkan? Apa pula keistimewaan AKMOVERS?.
AKMOVERS merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan pindah rumah. Kepakaran AKMOVERS adalah membantu mereka yang dalam dilema untuk mencari syarikat movers untuk proses pindah rumah. Bagi anda yang nak tahu keistimewaan AKMOVERS, teruskan membaca di bawah ini.




1. SANGAT PROFESIONAL
Kebiasaanya sebelum pelanggan hendak berpindah AKMOVERS akan datang ke premis pelanggan untuk melihat dan memberi khidmat nasihat yang terbaik. Kebiassanya, AKMOVERS akan melihat jenis barang yang pelanggan hendak bawa dan AKMOVERS akan mencadangkan jenis kenderaan yang sesuai untuk digunakan. Bukan itu sahaja, bagi pelanggan yang tidak ada masa untuk membungkus barangan, anda tidak perlu risau kerana AKMOVERS juga turut menyediakan perkhidmatan membungkus barang pelanggan.

2. BERPENGALAMAN LUAS
AKMOVERS mempunyai pengalaman memindahkan barang sama ada dalam Malaysia atau luar dari Malaysia dan telah membantu lebih dari 1000 orang dalam proses pindah rumah. Bukan itu sahaja, AKMOVERS juga telah membantu lebih dari 30 pejabat kerajaan dan juga universiti dalam proses pemindahan. Malah ramai pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang di tawarkan oleh AKMOVERS. Dengan pengalaman yang cukup luas ia sedikit sebanyak telah memberi kepercayaan kepada para pelanggan diluar sana untuk terus menggunakan perkhidmatan AKMOVERS.


3. MENYEDIAKAN KEMUDAHAN GUDANG
Sebagai syarikat movers perkhidmatan yang paling penting sudah tentulah perkhidmatan gudang. Gudang akan menjadi tempat untuk menyimpan barang pelanggan yang hendak berpindah dengan selamat. AKMOVERS juga turut menyediakan kemudahan gudang untuk pelanggan. Kebiasaanya, pelanggan yang berpindah ke Sabah dan Sarawak mereka akan berpindah terlebih dahulu tanpa membawa barang. Kebiasaanya untuk membawa barang ke sana mengambil masa yang agak lama dan sementara hendak menunggu proses membawa barang pindah, sudah tentu mereka terpaksa memikirkan bagaimana cara untuk menyimpan barang mereka. Sebab itu, AKMOVERS menyediakan kemudahan pergudangan ia untuk memudahkan lagi urusan pelanggan. Bukan itu sahaja, AKMOVERS juga turut menyediakan kemudahan gudang buat pemborong yang tidak mempunyai tempat untuk menyimpan ke semua barangan mereka.




4. MEMUDAHKAN URUSAN DAN MENJIMATKAN MASA
Mereka yang hendak berpindah sudah pastinya akan pening memikirkan bagaimana anda hendak menguruskan proses pindah rumah dengan masa anda yang agak terhad. Kadang-kala terpaksa mencari waktu yang sesuai untuk mengemas barang. Di sini sahaja, pelanggan sudah tentu akan menjadi runsing. Di AKMOVERS anda sudah tidak perlu risau memikirkan semua itu. AKMOVERS akan menguruskan segalanya dari A-Z. Jadi di sini sahaja ia sudah menjmatkan masa anda dan anda tidak perlu tergesa-gesa. Apa yang paling seronok anda boleh berpindah ke rumah baru anda dalam perasaan gembira dan tanpa perlu mengeluarkan peluh.


