Assalamualaikum, apa kabar anda diluar sana?. Diharapkan anda sihat selalu. Mesti ramai tertanya-tanya, perkongsian apa yang ingin AKMOVERS ceritakan pada kali ini?
Haritu AKMOVERS ada berjanji dengan anda untuk berkongsikan tips pindah rumah. Jadi pada kali ini AKMOVERS hendak kongsikan tips mengenai pindah rumah ke Sabah dan Sarawak. Tetapi kali ini bukan pasal pindah barang, tetapi mengenai tips untuk membawa kucing anda berpindah ke Sabah dan Sarawak.
Ramai sebenarnya yang bertanyakan dengan AKMOVERS mengenai bagaimana cara nak bawa kucing kesayangan kita berpindah ke Sabah atau Sarawak?
Buat mereka yang mempunyai kucing pastinya tertanya-tanya bagaimana cara nak bawa kucing anda berpindah ke Sabah dan Sarawak. Takkan nak kena jual pula kucing kesayangan anda.
Bagi anda yang tertanya-tanya, Sebenarnya syarikat Malaysia Airline (MAS) ada menyediakan perkhidmatan kargo bagi haiwan peliharaan. Ada beberapa prosedur dalam menghantar kucing anda ke Sabah dan Sarawak. Untuk itu, mari AKMOVERS kongsikan dengan anda cara dan prosedurnya.

1. DAPATKAN VAKSIN UNTUK KUCING ANDA
Perkara pertama yang AKMOVERS ingin kongsikan kepada anda ialah, dengan mendapatkan vaksin untuk kucing kesayangan anda. Ini bertujuan untuk memastikan kucing anda berada dalam keadaan yang sihat sewaktu dalam kapal terbang nanti. Harus diingatkan, ini adalah perkara yang amat penting, kerana jika kucing anda tidak mendapatkan vaksin yang sepatutnya ia dikuatiri akan menyebabkan kucing anda mengalami penyakit dan apa lebih parah lagi, jika kucing anda berada dalam kedaan yang tidak sihat, ia akan menyebabkan pihak lapangan terbang tidak membenarkan anda membawa kucing anda. Sebab kenapa AKMOVERS menyarankan anda untuk mengambil vaksin buat kucing adalah kerana, sesetengah kucing yang mungkin tidak tahan tekanan dan mungkin akan mati di pusat kuarantin. Untuk mendapatkan vaksin ini anda perlu dapatkan ia di klinik haiwan yang ada menyediakan vaksin untuk kucing. Harga dia pula bergantung kepada jenis vaksin dan klinik yang anda pergi.

2. JANGAN URUSKAN URUSAN MEMBAWA PINDAH KUCING PADA SAAT-SAAT AKHIR.
Perkara seterusnya juga merupakan perkara yang perlu kita ambil berat. Jika sebelum ini, AKMOVERS ada meyatakan supaya anda menguruskan segala urusan pindah rumah lebih awal, begitu juga dengan kucing anda. Seeloknya uruskan segala dokumen dan persiapan untuk membawa kucing anda dengan lebih awal. Ini bagi mengelakkan kucing anda berasa tidak selesa dan mengelakkan anda kelam-kabut. Bukan itu sahaja, ia akan menyebabkan kucing kita berasa marah dan tidak selesa.

3. TENTUKAN TARIKH UNTUK MEMBAWA KUCING ANDA BERPINDAH
AKMOVERS ingin menyarankan suapaya anda menempah tiket kapal terbang dan juga menentukan tarikh untuk membawa kucing anda berpindah. Ia dapat memudahkan urusan untuk anda membawa kucing anda berpindah dan juga memudahkan urusan untuk memohon sijil eksport untuk kucing anda. Ini kerana, tarikh tersebut akan diletakkan dalam borong permohonan permit eksport nanti. Selain itu, Eksport permit ini diperlukan untuk tunjuk kat doktor vet nanti sebelum dia orang buat pemeriksaan kesihatan untuk kucing-kucing kita nanti.

4. MEMOHON EKSPORT PERMIT
Selain daraipada perkara di atas, perkara ketiga yang ingin AKMOVERS kongsikan dengan anda ialah anda perlu memohon permit eksport. Ianya seperti kelulusan membawa masuk kucing ke Sabah dan Sarawak.. Pejabatnya terletak di Jalan Cheras. Kena isi borang dan tunjukkan rekod kesihatan kucing. Seterusnya, bila dah dapat lesen ni, beberapa hari sebelum berangkat, kenalah bawa kucing dan lesen mengimport tadi ke jabatan veterinar. Bila dah dipastikan kucing sihat dan tiada masalah, dapatlah permit tu.

5. HUBUNGI TALIAN KHIDMAT PELANGGAN MAS 2 ATAU 3 HARI SEBELUM BERLEPAS
Bagi yang baru pertama kali hendak mebawa kucing anda berpindah, pasti anda risau jika apa-apa berlaku pada kucing anda ketika berada dalam kapal terbang nanti. Oleh itu, AKMOVERS cadangkan supaya anda menghubungi talian khidmat pelanggan MAS untuk memaklumkan yang anda ingin membawa sekali kucing naik kapal terbang. Nanti staff khidmat pelanggan akan meminta beberapa maklumat mengenai kucing anda. Antara maklumat yang akan mereka minta ialah:
– nombor tempahan tiket
– Maklumat destinasi
– Berapa ekor kucing
– Jenis kucing
– Warna kucing
– Berat kucing
– Saiz dan berat carrier kucing
AKMOVERS menyarankan supaya anda menghubungi khidmat pelanggan MAS. Ia lebih mudah untuk mendapatkan maklumat lebih-lebih lagi buat mereka yang ingin membawa kucing lebih dari seekor. Manalah tahu jika anda sudah bawa lebih dari seekor kucing tiba-tiba pihak lapangan terbang hanya membenarkan bawa seekor sahaja. Pasti pening kepala nanti.

6. SEDIAKAN SANGKAR YANG BERSESUAIAN DAN SELESA
Setelah anda menyediakan ke semua perkara d atas perkara yang ingin AKMOVERS kongsikan ialah, anda perlu membeli sangkar yang selesa utuk kucing-kucing kesayangan anda. AKMOVERS ingin mengingatkan kepada anda suapaya jangan beli beli sangkar yang terlalu kecik atau sempit. Ini kerana, ia akan membuatkan kucing duduk sepanjang dalam kapal terbang, dan ia akan membuatkan kucing tidak selesa, pening kepala dan muntah. AKMOVERS ingin mencadangkan kepada anda supaya anda puasakan kucing anda terlebih dahulu. Seeloknya anda jangan beri makan kepada kucing anda 4 jam sebelum nak naik ke kapal terbang. Untuk kepastian anda boleh tanya doktor veterinar semasa pemeriksaan kesihatan. Ini bertujuan, untuk mngelakkan kucing berak di dalam cage. Bila dia bau tahi dalam ruang yang sempit, ia akan menyebabkan kucing tersebut muntah. Sediakan air diluar sangkar dan bawa makanan sedikit dan letakkan ia di luar sangkar. Jadi setibanya di lapangan terbang, anda bole terus bagi kucing anda makan.
